pendahuluan pembukaan aku, kenapa perkataan aku macam bersopan? sebab orang dulu kata dimana sahaja kau harus sopan dengan gerak geri langkah kau. salam pemula bicara. kepada sekian mereka yang aku sampaikan sekarang.
kau tahu, dalam penulisan aku sebelum-sebelum ini penuh bosan dengan tanda perasaan yang bergelumang macam rasa jiwang rusting lak kau kan. diharap dengan perkataan aku selepas ini tiada mana yang tersinggung ini hanyalah luahan entri perkataan yang tak lah sehebat atau se gah untuk orang baca, tapi adalah apa yang sedang kini berlakon depan mata aku.*penuh cerita di dada nak dicerai kan satu - satu takut tak sempat nak bual. aku mencuba.
sekarang masa kau pulak merasa apa orang lain dah rasa, memang aku macam kene selepas orang lain kena.*mengeluh panjang
apa yang terkena taknak kusebutkan dalam ini, takut lagi panjang cerita bahan diluar sana, cukuplah dengan benda yang jadi sekarang. letih! letih !
puncak cerita yang bermacam irama kalau di susun bulan buat nukilan sebuah lagu. jangan kau anggap aku bodoh atau bangang apa yang kau buat dekat aku, tapi tak mengapa aku cuba mengerti dengan muhasabah diri, pasti yang atas membantu kau, insyaallah.
bila ditanya pendapat aku jawab mana aku mampu. manusia tak lari dari alam perasaan jiwa bergelumang terutama remaja, mana kisah nak bercantum balik, mana kisah baru nak bercantum mana kesah dapat virus orang ketiga mana kisah masih ada hati tapi takut bertindak. bermacam-macam aku dengar dan pelbagai benda yang terjadi.*jangan mengata orang kalau kau sendiri pun sama!
kenapa aku seronok berbual hal ini, sebab aku rasa semua ada penyelesaian nya semua ada titik noktah nya satu hari nanti, jangan lah kau nak fikir sangat, sebab aku rasa sekarang dah masa kau bertindak dengan sedalam-dalamnya jangan nak bukak mulut tak reti nak tutup.
tak lupa juga mereka yang bahagia, di mana bercakap dengan telefon di malam hari sambil malu, sayup2 sahaja suara kedengaran, gelak tawa kecil pengubat rasa gembira ,haih *seronok jugak kalau ada yang nak dan sayang.
yang diabaikan, handphone ditutup. paling ranap dan extreme handphone dibaling sesuka hati nasiblah sapa yang terkena*ini orang memang ada peluang lain untuk dapat handphone tara ada hal la. tak nak berjumpa taknak itu tutup account sana sini, buang apa yang patut. maki hamun mencarut pukul canang bagai, haish, kenapa manusia berdemikian rupa,manusia manusia.* sebab aku manusia aku bercakap begini.
perangai kita sama sahaja -___________________-
zon membalas dendam
lelaki ego dia boleh tahu tinggi mana, kalau disuruh bercakap tentang hal semasa yang jadi dalam perhubungan macam ditekap dari semalam mulut tu taknak bercakap,
tabah seorang lelaki jugak jangan disangkal sebab tabah dia macam urat dawai tak terlentur bagai besi.
bila marah haih memang berdentum kalau mana yang tak tahu *takut aku.janganlah aduh
perempuan ego sama sahaja, topik ini sering disoalkan dimana siapa yang mempunyai ego paling tinggi. jangan, perempuan hati mereka lembut boleh dilentur macam getah sebab dorang boleh buat pergerakkan lentik-lentik mereka, mereka bagai kan ada lembut even kasar mana bahasa dan tuturan serta tindak tanduk mereka, mereka lembut.
mereka benci sunyi , mereka benci sepi, mereka benci HATI mereka kosong, bukan ini kaum perempuan mintak tapi ini nyata nyata ini adalah kekosongan yang perlu diisi bukan untuk di mainkan.BUKAN,
mereka nak tapi cakap taknak, wahai lelaki bukan sebab rimas dengan perempuan tapi itulah realitinya, kaum ini jugak nanti bagi zuriat dekat hangpa semua wahai LELAKI.
mana datang yang bergaduh jumpa balik baik balik, hati kalau dah sayang jangan katakan tidak semua YA!.memang memang ini bukan aku tepek ini kenyataan, aku nak tapi aku tarik sebab banyak benda yang berlindung disebalik tabir aku.
mana yang memang tengah syok keluar sana sini*itu tanda bahagia, jangan dipersoalkan,jangan!sebab itu semua normal
kalau itu yang mereka nak biarkan jangan dihalang.
rindu, perkataan gelik geliman jangan lah, ye dekat orang terutamanya, ya allah macam janggal aku berutarakan tentang hal ini, tapi perlu, bukan setakat orang yang kita boleh rindu tapi memori yang kita rai satu masa dahulu.
"jangan cakap besar ketika berbicara" orang lah kata, tapi orang mengata pulak bila kita bercakap*haih mana betul ni, mana?! rimas!
bila dah bersama kita disuruh berpisah maaf, aku bukan nak sangat, tapi terjadi ia terjadi, fasa sekarang fasa mengamuk fasa tak tahu nak kata apa, fasa orang duk mencari apa yang dia nak, fasa bukan serius sangat, fasa untuk SUKA - SUKA. tapi bila datang sifat bergurau jangan jangan putus kawan kau tahu, boleh putus KAWAN. astagfirullah, fikiran dah lari kemana kalau marah menyelebungi semuanya.
MASALAH mendatang bila semua hipokrit, aku rindu zaman kita makan bersama, aku rindu kita duduk bersimpuh bersama, aku rindu kita keluar bersama, tapi sekarang haluan masing-masing, tak tahu kenapa biarlah masing-masing dah besar,
aku bukan mengejar tapi persaan buat aku terkejar-kejar, bodoh punya perasaan, janganlah kau haram sangat, aduh
aku kata aku nak macam dulu, tapi aku tak tahu bila, semua orang buat hal sendiri semua orang tanggung kalau buat salah,sekarang zon selamat baik tak payah kata,nanti telan baik je semua perkataan kau.
bukan aku nak ungkit tapi muhasabah diri masing-masing, iye aku tahu masing-masing dah letih dengan perasaan sendiri.
cukup cukup aku dah letih bicara, rasa nak lap air mata mengalir, =.=
sekian.





2 comments:
at: February 24, 2011 at 6:38 AM said...
entry lebih kurang . so jwpn aku ttp same, Chill one day it will be :)
at: February 27, 2011 at 12:22 PM said...
erm kenapa kau mcm emo jer ni bai? o.O
Post a Comment