Copyright © all the way
Design by Dzignine
Tuesday, June 23, 2009

300 w o r d s n m o r e s



Seorang yang sedang mengenal erti dunia yang penuh dengan dugaan sebenarnya.Kesedaran yang baru sahaja dia merasakan telah direnungkan buat seketika waktu.Kesalahan yang dilakukan diharapkan tidak akan berlaku pada hari seterusnya yang akan mendatang mungkin penuh dengan rintangan yang lebih besar.Diharapkan aku bersabar dan mengekalkan keinginan dan ketabahan yang telah aku kumpulkan selama ini.Nasihat,dorongan,herdikan dilalui dan ditelan sedalam dalamnya yang bermaksud ia tidak akan berulang lagi.Itu yang aku harapkan.Insyaallah.Adakalanya pemikiran ini tidak sematang dan tidak selaras dengan apa yang telah aku buat.Aku sedar akan semua itu.Tetapi hakikatnya aku tidak melakukannya.Tetapi sampai bilakah perkara sebegini terus berlaku ke atas diriku yang digelar manusia biasa tanpa mempunyai kenyakinan diri pada zahirnya.Mereka di luar tidak dapat menilai.Aku seperti mempunyai dua pendirian di dalam badan aku yang bertindak ke atas diriku.Kadang kala mereka melihat aku seperti manusia cemerlang tetapi pada hakikatnya semua itu tidak benar,walaupun ia adalah satu dorongan buat aku yang baru mula mengenal erti kehidupan.Aku mengambilnya sebagai satu cabaran,tetapi aku tidak dapat melaksanakannya dengan baik.Adakah seperti aku takutkan cabaran???Aku mula bertanya kepada diriku yang sedang kebingungan.Bukan itu yang aku harapkan tetapi keputusan yang tepat yang ada pada diriku yang diperlukannya.Kisah hidup yang dahulu telah aku dapat jawapan pada hari ini.Semua itu adalah sementara.Menyesal pada waktu sekarang mungkin tidak mendatangkan apa-apa pada diriku.Yang hanya aku perlu lakukan adalah pengajaran yang diterima.Mungkinkah aku dapat menerima semua ini?Pada mulanya susah.Tetapi dengan berkat doa dan nasihat mereka yang terlibat aku mula sedar bahawa dunia ini besar.Aku pernah berkata perkara sebegini tidak seharusnya terjadi.Aku tahu akan semua perkara ini.Tetapi aku tidak dapat mengelaknya sesungguhnya lumrah hidup.Ayat yang sering kita dengar berulang kali.Manusia memang tidak lari daripada kesilapan,adat manusia.Kadang kala mereka diatas kadang kala mereka di bawah,hidup seperti roda,manusia berubah mengikut keadaan semasa.Antara ayat yg sering aku dengar bagi mereka yang telah melakukan satu perkara yang bersalah dalam dirinya.Mengapa ayat sebegini tidak dinyatakan sebagai satu peringatan ke atas dirinya?Itu adalah makhluk yang digelar manusia.Hanya mereka yang meneliti,mendalami,faham akan perkara tersebut.Namun itu semua aku telah berlajar yang hanya aku perlukan adalah ketenangan serta kenyakinan yang menyatakan diri aku boleh melakukannya.Sudah ku tanamkan dalam jiwa yang sedang bergelora yang mungkin tidak akan menjangka apa yang akan terjadi dihadapan nanti.Yang hanya aku harapkan adalah perkara yang baik dan menyenangkan hati mereka yang aku akan kenal dan berkerja atasnya.Segala perkara yang akan aku berlajar akan aku gunakan untuk masa akan datang.Kesilapan aku pada aku di tingkatan 1 diingati serta ia telah menjadi satu bahan ketawa bagi keluargaku apabila hanya seminngu sahaja aku bertahan di sebuah sekolah asrama bestari di Subang Jaya.Aku mula sedar jejak aku salah pada akhirnya.Kata-kata ibubapa perlu didengar.Mereka berkata benar dan mempunyai sifat keberangakalian dan seperti tahu nasib-nasib anaknya.Tetapi mereka hanya menurut sahaja keinginan aku yang sebenarnya tidak mempunyai ketabahan serta kenyakinan diri.Aku tahu aku takut pada satu-satu cabaran.Tetapi berlainan pada diriku yang telah berusia 18 tahun yang perlu mempunyai permikiran yang matang serta berfikiran lebih terbuka.Sesungguhnya diriku inilah yang sedang mengatur kehidupan diriku yang sendiri bernama Nur Atika Bt Mohd Suhaimi.

4 comments:

Unknown says:
at: June 23, 2009 at 5:39 AM said...

:)
ibu bapa tahu apa yang baik buruk untuk anaknya, tapi bila kita da berusia 18, kita lebih tahu apa yang baik untuk kita.
:)

muyukerukatika says:
at: June 23, 2009 at 10:24 AM said...

ahaha betul itu.trimass

Raji and Yeen says:
at: June 24, 2009 at 9:49 AM said...

ahahaha mteku berpusing2 bler dh smpai separuh xD
mu hebat ouh mnulis~~~

muyukerukatika says:
at: June 24, 2009 at 9:57 AM said...

separuh aje anda berthn..ahaha ia mmbsnkn ow snaye..haha
mnulis??idokle bise aje??